Oh Melbourne !
Berimpikan ke
sana bagi kami diibaratkan ingin memetik bintang-bintang di langit. Masih segar
lagi di ingatan perbincangan kali pertama kami yang beria-ria nak ke Vietnam
disebabkan kos rendah dan lebih murah jika hendak dibandingkan dengan kos untuk
ke negara maju lebih ke hadapan Melbourne. Inilah negara pilihan pensyarah
pengiring kami Dr Ahmad Najaa’ bin Mokhtar. Kata beliau, negara ini lebih maju
dan suasananya lain daripada negara lain. Nak dipendekkan cerita, akhirnya kami
dah dapat jawapan bahawa Melbourne negara yang akan kami pergi walaupun
sentiasa diselubungi rasa takut dan agak risau dengan kewangan kami semua. Maka
bermulah segala-galanya tentang kami Team Giso Melbourne 2016. Sebenarnya
lawatan antarabangsa ini merupakan kewajipan bagi mahasiswa USIM sebelum tamat belajar.
Global Islamic Students Outreach (GISO) banyak mengajar kami semua erti
kesabaran, ketabahan, semangat kekawanan, dan pelbagai pengalaman yang tidak
dapat nak ditulis di atas lembaran ini.
Bermulanya
episod kami sekelas menyusun atur segala program contohnya talk, Kem Bestari
Solat (KBS), Kelas Smart Caliph (KSC), jualan dan paling kemuncak sekali
seminggu penuh bertugas sebagai cleaner di kawasan Kolej Desa Jati berdekatan
dengan USIM. Sebagati tahun pertama di USIM, menjadi agak kekok dalam
menguruskan program seperti kertas kerja, berhubung dengan penceramah, dan
sebagainya. Program pertama kami, Talk bersama Hafizul Faiz (UIA) iaitu penulis
buku, DJ radio UIA, dan bekerja di syarikat consultant Ibrah Pradigm
pengasasnya adalah Ustaz Shaa’ri. Panel gandingan bersama adalah Syamil Hafizi,
iaitu pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. Program ini agak
menyedihkan hati-hati kami kerana kurang mendapat sambutan dek kerana ramai
yang ada kelas pada masa dan hari tersebut. Selepas pada itu, kami teruskan
perbincangan dan meminta pandangan pensyarah pengiring tentang idea-idea untuk
menjana kewangan dan perbelanjaan ke sana. Akhirnya, semua bersetuju mengadakan
Kem Bestari Solat (KBS) secara berkala. Alhamdulillah, dipendekkan cerita, KBS
dapat diadakan sebanyak 4 kali daripada KBS 1.0 hingga KBS 4.0. Untung rugi
dirasakan bersama. Itulah adat dalam menjana kewangan, sama seperti berbisnes
pasti ada jatuh dan bangun dalam masa-masa tertentu. Dalam masa yang sama,
aktiviti jualan makanan dan minuman di talk atau program ilmiah di USIM seperti
menjual kentang goreng, sosej, nugget, koktel, dan sebagainya. Ada juga seiring
menjual sandwich dan roti sosej bilik ke bilik, kolej ke kolej. Pengalaman naik
turun tangga, layanan orang hanya Allah sahaja yang tahu. Awal tahun tiga,
semester 5, ada cadangan daripada sahabat kita wujudkan kelas mengaji yang
dinamakan Kelas Smart Caliph (KSC). Pada permulaan kurang mendapat persetujuan
semua, berbincang dari semasa ke semasa, Alhamdulillah semua gigih uruskan
kelas ini untuk menjana kewangan. Tetapi, misi utama lebih kepada nak terjun ke
masyarakat dan tolong individu-individu yang masih kabur tentang Al-Quran
Kalamullah. Alhamdulillah, sampai saat ini, kami tahun empat masih lagi
menguruskan KSC. Seronok sebenarnya dapat turun ke masyarakat, mereka akan rasa
terharu dan sentiasa menghargai usaha tambah-tambah lagi anak muda bersama
mereka membina generasi Al-Quran.
Seterusnya
cerita kemuncak, sangat teruja nak berkongsi pengalaman kami semua bertugas
sebagai cleaner di Kolej Desa Jati, yang kawasannya agak luas. Memakan masa
seminggu nak bersihkan dari sudut bangunan, longkang, rimbunan pokok,
semak-samun dan sebagainya. Rupanya bila bekerja, baru tahu satu sama lain
antara kita, daripada muslimat yang selalu orang kata lemah, automatic jadi
gagah. Masuk longkang, tebas pokok, racun pokok dan seumpamanya. Team kami
sebenarnya lebih ramai perempuan, lelaki hanyalah 5 orang. Pendek cerita, kami
amat berteima kasih pihak Kolej Desa Jati iaitu Kak Yati, Abang Hanafi dan
pihak pengurusan yang banyak bantu lestarikan impian kami semua nak ke sana,
sampaikan adakan kenduri kensyukuran kami ke sana lagi. Memang superb kami
rasa, bina ukhwah baru antara pelajar dengan penduduk sekitar Kolej Desa Jati.
Banyak lagi sebenarnya cerita penuh onak dan duri, adakan program dan
sebangainya yang berkaitan, tetapi tidak dapat nak tulis semuanya di atas
penulisan ini, hanya yang merasai tahu akan perasaan dan pengalaman itu. Jom
kita masuk pula cerita sepanjang di Melbourne bumi Kangaroo.
Pada tanggal 26
Ogos 2016 bermulalah cerita kami Team Giso Melbourne 2016, mencorak kenangan
dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Perjalan dimulakan dengan menaiki bas USIM ke
KLIA2 sekitar jam 6.00 pagi. Semuanya agak teruja nak ke Melbourne. Sampai di
airport, masing-masing tolong bawak barang-barang dan uruskan segalanya sebelum
nak fly. Sempat snap beberapa gambar kenangan sebelum berlepas, menunjukkan
betapa terujanya kami orang Malaysia nak ke negara omputih , negara kangaroo
kot. Pada jam 10.00 pagi, berlepas ke Melbourne dan macam-macam cerita dalam
flight. Ada yang mabuk flight, lapar, selfie, sembang dan macam-macam lagi.
Akhirnya tiba di airport Melbourne sekitar jam 6 petang waktu Malaysia. Waktu
Melbourne hanya 2 jam cepat daripada Malaysia. Sampai sahaja di airport, uruskan
segala yang berkaitan dan menuju ke luar airport menunggu pengurus penginapan
kami datang. Keluar saja daripada airport, angin sejuk Melbourne terus menusuk
sampai bergetar-getar menggigil kesejukan. Subhanallah, perasaan teruja tidak
dapat nak digambarkan. Betapa sejuknya Melbourne sampai kejang kaki nak
berjalan. Sempat juga bergambar di mercu nama Melbourne bertentangan airport.
Dalam perjalanan ke penginapan kami ke penginapan kami di Springvale
iaitu An-Naim Homestay, sempat bersembang dengan pemandu yang
sambung pengajian Masternya di university berdekatan penginapan kami. Ceritanya
berkenaan kehidupan di Melbourne, betapa bersyukurnya yang dapat kelilingi bumi
Allah nikmati indahnya ciptaanNya. Ramai katanya orang Malaysia menetap dan
bekerja di sana. Penginapan untuk kami 22 orang, satu homestay menetapkan 10
orang pelajar perempuan, dan 2 cabin untuk yang lain. Sampai di sana, mendengar
taujihat daripada pensyarah pengiring kami sambil menikmati maggi masakan daripada
pelajar perempuan.
Pada keesokkan
hari, 27 Ogos 2016, kami geng cabin ikut Dr Najaa’ mencari Myki Kad untuk mudah
menaiki pengangkutan awam berbayar seperti bas, tram dan sebagainya. Kecewanya,
di 7e tersebut mesin Myki Kad rosak, dan kami teruskan perjalanan ke Springvale
Station menaiki kereta Encik Edi pengurus penginapan yang sudi
menumpangkan kami ke sana. Sampai di sana, berurusan pula membeli Myki Kad dan
menaiki keretapi ke Queen Victoria Market (QVM) untuk
membeli-belah sambil menunggu tengah hari kerana program kami bersama EHSAN dan
juga wakil pelajar Malaysia yang belajar di University of Melbourne.
Sampai di Queen Victoria Market (QVM), ramai yang membeli barang
kenang-kenangan kerana harganya sangat berpatutan seperti Tshirt boleh dapat
harga semurah 4$ (dolar Australia). Tepat jam 1.00 tengah hari bergerak mencari
University of Melbourne. Seusai solat zohor di sana, meneruskan aktiviti sharing
moment bersama mereka. Perkongsian lebih menjurus kearah kehidupan Islam di
sana. Agak mencabar bagi mereka mengahadapi penerimaan Islam daripada extremist
yang susah nak open minded tentang semua agama. Berbicara mengenai
masalah-masalah Aqidah umat yang semakin tenat, perkongsian ini lebih
berkaitan dengan kos kami pengajian Akidah dan Agama yang lebih menekankan
tentang Aqidah, tasawuf dan sebagainya. Sebelum balik kami semua
menikmati jamuan pizza sedap daripada pihak program dan sambil bertaaruf serta
bergambar sebagai kenangan. Pesanan mereka, datanglah lagi ke Melbourne sebab
suasanya sangat lain dan mengajar kita semua berdikari menghadapi kehidupan.
Selepas itu, pada jam 5.00 petang berjalan kaki ke Flinders Station,
terjadinya drama dan peristiwa yang masih segar di ingatan. Jalan-jalan pula ke
South Yarra River yang ramainya manusia di situ menikmati
pemandangan malam di situ. Terdapat banyak kedai-kedai makan, pelukis dan
penyanyi jalanan yang sangat kreatif dan bijak dalam mencari pendapatan
seharian. Kembali pula ke Flinders Station melihat suasana pihak yang membantu
homeless dengan menyediakan juadah makanan dan pakaian sejuk bagi mereka.
Selepas tamat, menuju pulang ke penginapan pada sekitar 9.00 malam.
28 Ogos 2016,
pada jam 9.00 pagi bergerak ke Middle Brighton Beach dengan
berjalan kaki. Sampai di sana, pemandanya sangat cantik dan ramai yang
photoshoot di deretan rumah buatan yang berwarna-warni dan juga pelbagai corak
yang agak menarik perhatian para pengunjung. Selepas itu, menaiki pula Tram
percuma area Melbourne dan berhenti pelbagai tempat menari seperti Harbour
Town, Dockland, Ettihad Stadium (lelaki
lebih teruja bergambar) dan jalan kaki sepanjang hari dan solat maghrib di Islamic
Centre yang komunitinya ramai Islam. Macam biasa pulang ke penginapan
sekitar jam 9.00 malam. Balik bukan balik saja, tapi sambil mengisi perut yang
menyanyi lagu rock. Cuaca yang semakin sejuk, semakin tinggi tahap lapar kami
semua.
Bertarik 29
Ogos 2016 merupakan saat bahagia kami semua. Impian nak ke Philips Island
tercapai juga akhirnya. Kalau tidak tentatif untuk hari ini adalah ke Zoo
Melbourne yang kita tahu bila pergi melawat zoo hanya dapat melihat
haiwan di dalam sangkar tetapi lainnnya di Philips Island. Live dapat pegang,
belai, bergambar bersama Kangaroo yang sebelum ini hanya tengok di kaca televisyen
sahaja. Kangaroo sangatlah penyayang seperti kucing. Bila dibelai makin rapat
dan baik cara makan di tangan kami. Oh kangaroo, we miss u. Tetapi ada satu
lagi haiwan yang kami agak takut dan seriau nak pegang, itulah dia Encik EMU
berleher panjang kita. Ingatkan patuknya semasa ambil makanan di tangan itu,
sakit. Kata Encik Edi, sakit sikit, macam kena gigit semut. Rupanya betul, baik
juga EMU. Sempat juga antara kami bergambar bersama encik berleher panjang. Di
Philips Island ni banyak lagi haiwan lain, seperti angsa cantik, landak, ayam
piru, dingo (anjing macam serigala), burung hantu, ular, dan banyak lagi.
Tetapi tumpuan di sini lebih kepada Kangaroo, Koala yang nyenyak tidur dan EMU.
Sempat juga sebenarnya hari kami di Philips Island bersarapankan dengan nasi
lemak melayu dimasak oleh chef-chef ternama kami yang menginap di An-Naim
Homestay. Dr Najaa sangat suka dan terus memuji nasi lemak melayu yang dimasak
oleh sebahagian pelajar perempuan. Tetapi yang menghidangkan nasi lemak itu,
adalah lelaki yang merasa serba salah yang tidak turut serta masak nasi lemak. Kami
teruskan perjalanan kami ke Nobbies Board Walk Island. Sepanjang
perjalanan ke sana, tepi jalan penuh dengan Kangaroo melompat-lompat dan juga
lembu tompok hitam putih yang tidak ada di Malaysia. Pemandangan paling cantik
dengan deruan ombak, langit dan air lautnya yang sentiasa berzikir kepada
Allah. Ada juga yang sempat melihat dan snap gambar penguin yang malu-malu
kucing menyorok di bawah jambatan laluan orang ramai disebabkan bukan musim
penguin menzahirkan dirinya di khalayak ramai. Banyak mencipta kenangan di sini
dengan mengambil gambar pelbagai angle yang digunakan untuk mendapatkan sebaik
mungkin keindahan dan cantiknya pemandangan ini. Bertolak pulang dan solat
jamak di Community Islam (pillars). Selepas selesai, di tepi
jalan terdapat bunga sakura, dan berhenti sekejap bagi laluan yang ingin
photoshoot sakura. Akhirnya, terus balik menuju ke penginapan masing-masing.
Hari terakhir
di Melbourne , bertarikh 30 Ogos. Hari ni jam 9.30 pagi bertolak pergi ke Monash
University berdekatan dengan penginapan kami yang juga merupakan tempat
kerja Encik Edi. Hari ini juga merupakan hari lahir sahabat kami Siti Nur Anis
bt Zainudin. Memang dapat live idea Dr Najaa mintak semua nanyikan lagu hari
lahir 3 bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sambil
dirakam video pemilik Go Pro yang agak tenat keadaannya. Encik Edi bawa kami
semua pusing-pusing sebahagian Monash University sebabkan masa beliau agak
terhad kerana bekerja. Walaupun hujan renyai-renyai, kami teruskan perjalanan
ke Dandenong Mountain, Wildlife Bird, melihat dan
bagi burung makan. Sampai sana teruja, sebab bila bercakap mesti ada asap
keluar dari mulut, sampai ada yang nak rakam saat asap itu keluar daripada
mulut. Kata Dr Najaa, bila hujan bercampur sejuk, di sini memang akan keluar
asap di mulut. Teruja kot semuanya. Burung kat sini semua besar-besar, seram
jugak nak bagi makan. Ada juga yang berani pegang dan siap bergambar dengan
keadaan burung di atas kepala. Selepas itu, teruskan perjalanan ke Dandenong
Market yang katanya lebih murah berbanding QVM. Tetapi di sini lebih
kepada barang keperluan harian berbanding QVM lebih banyak cenderahati dan
banyak juga pilihan serta perbandingan harga. Sempat juga berkenalan dengan
orang nogori yang menetap di sana. Akhirnya semua buat keputusan nak ke Queen
Victoria Market yang dengar berita hari isnin tamat beroperasi pada jam 2.00
petang. Alhamdulillah semua sempat membeli walalupun dalam keadaan kelam kabut.
Destinasi terakhir kami ke Shrine of Rememberance di
tengah-tengah bandar Melbourne. Tempat ini adalah tugu bagi memperingati
jasa-jasa pahlawan dahulu kala. Memang cantik pemandangan di sini untuk
bergambar atau photoshoot. Bila semakin naik tangga dan tempat paling atas,
akan nampak seluruh bandar Melbourne yang kaya dengan bangunan pelbagai bentuk
dan menjadi tarikan para pelancong. Dalam perjalanan perjalanan balik ke
penginapan untuk buat persiapan pulang ke Malaysia, sempat juga pemandu yang
juga bekerja di sana, menunjuk bangunan dan tempat-tempat sepanjang perjalanan
kami. Hari ini, memang hari mendung, hujan renyai-renyai, rasa sayu, mungkin
kerana hari terakhir bagi kami sebelum berangkat ke Malaysia. Sambil kemas
untuk bertolak ke airport malam ni, ada yang sempat ke Coles macam
pasaraya Giant dan Tesco di sini. Tapi menariknya ada kaunter layan diri,
maksudnya bayar sendiri kalau beli barang yang agak sedikit. Akhirnya
berangkatlah kami ke airport Melbourne pada jam 9.00 malam. Sempena esok hari
Merdeka bagi Malaysia, kami semua sempat merakam kenangan dan bergambar di
hadapan kedai Australia Way. Masing-masing sibuk uruskan segala-galanya untuk
berangkat balik ke Malaysia, dan dipendekkan cerita ada peristiwa juga di
airport Melbourne, tentang passport dan sebagainya. Akhirnya sampailah kami di
Malaysia pada jam 6.00 pagi bertarikh 31 Ogos 2016.
Tamatlah cerita
kami semua Team Giso Melbourne 2016 yang tak boleh nak move on lagi sampai
sekarang. Benarlah, jauh perjalanan luas pemandangan. Bermusafirlah kamu,
dengan musafirlah kita dapat kenal sahabat-sahabat kita. Ciptalah impian
setinggi bintang di langit, kerana ada hikmah yang Allah tunjukkan di sebalik
impian kita semua. Terima kasih semua atas usaha semua merealisasikan impian
masing-maisng ke Melbourne bumi Kangaroo. Buat Dr Najaa, terima kasih jadi
pensyarah dan sahabat yang baik buat kami sepanjang liku-liku nak ke sana. Moga
Allah memberkati kita semua. WE ALL MISS U MELBOURNE.
(12 Oktober 2016) : Kredit by Siti Sarah Shamsuddin #jiwapendosa J
(maaf jika ada kesilapan tatabahasa dan susun atur ayat,masih perlu di edit)
No comments:
Post a Comment