Wednesday, December 21, 2016

FOR THE FIRST TIME IN MY LIFE...


CAMERON HIGHLAND


ANTARA TEMPAT YG SEMPAT DILAWATI... GENG TOWAF BERAKSI..."TOWAF" ADA MAKSUD SIMBOLIK BAGI KAMI BEREMPAT...BIARLAH RAHSIA....
(K.HAJAR,K.DIELAH,SHUHADA,ANIS) DUA ADIK DUA KAKAK.......


LATA ISKANDAR

LAVENDER FARM


CACTUS POINT




LADANG TEH

AHLI GENG TOWAF  

Tuesday, November 29, 2016

Mimpi jadi nyata










Oh Melbourne !
               Berimpikan ke sana bagi kami diibaratkan ingin memetik bintang-bintang di langit. Masih segar lagi di ingatan perbincangan kali pertama kami yang beria-ria nak ke Vietnam disebabkan kos rendah dan lebih murah jika hendak dibandingkan dengan kos untuk ke negara maju lebih ke hadapan Melbourne. Inilah negara pilihan pensyarah pengiring kami Dr Ahmad Najaa’ bin Mokhtar. Kata beliau, negara ini lebih maju dan suasananya lain daripada negara lain. Nak dipendekkan cerita, akhirnya kami dah dapat jawapan bahawa Melbourne negara yang akan kami pergi walaupun sentiasa diselubungi rasa takut dan agak risau dengan kewangan kami semua. Maka bermulah segala-galanya tentang kami Team Giso Melbourne 2016. Sebenarnya lawatan antarabangsa ini merupakan kewajipan bagi mahasiswa USIM sebelum tamat belajar. Global Islamic Students Outreach (GISO) banyak mengajar kami semua erti kesabaran, ketabahan, semangat kekawanan, dan pelbagai pengalaman yang tidak dapat nak ditulis di atas lembaran ini.

              Bermulanya episod kami sekelas menyusun atur segala program contohnya talk, Kem Bestari Solat (KBS), Kelas Smart Caliph (KSC), jualan dan paling kemuncak sekali seminggu penuh bertugas sebagai cleaner di kawasan Kolej Desa Jati berdekatan dengan USIM. Sebagati tahun pertama di USIM, menjadi agak kekok dalam menguruskan program seperti kertas kerja, berhubung dengan penceramah, dan sebagainya. Program pertama kami, Talk bersama Hafizul Faiz (UIA) iaitu penulis buku, DJ radio UIA, dan bekerja di syarikat consultant Ibrah Pradigm pengasasnya adalah Ustaz Shaa’ri. Panel gandingan bersama adalah Syamil Hafizi, iaitu pelajar Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM. Program ini agak menyedihkan hati-hati kami kerana kurang mendapat sambutan dek kerana ramai yang ada kelas pada masa dan hari tersebut. Selepas pada itu, kami teruskan perbincangan dan meminta pandangan pensyarah pengiring tentang idea-idea untuk menjana kewangan dan perbelanjaan ke sana. Akhirnya, semua bersetuju mengadakan Kem Bestari Solat (KBS) secara berkala. Alhamdulillah, dipendekkan cerita, KBS dapat diadakan sebanyak 4 kali daripada KBS 1.0 hingga KBS 4.0. Untung rugi dirasakan bersama. Itulah adat dalam menjana kewangan, sama seperti berbisnes pasti ada jatuh dan bangun dalam masa-masa tertentu. Dalam masa yang sama, aktiviti jualan makanan dan minuman di talk atau program ilmiah di USIM seperti menjual kentang goreng, sosej, nugget, koktel, dan sebagainya. Ada juga seiring menjual sandwich dan roti sosej bilik ke bilik, kolej ke kolej. Pengalaman naik turun tangga, layanan orang hanya Allah sahaja yang tahu. Awal tahun tiga, semester 5, ada cadangan daripada sahabat kita wujudkan kelas mengaji yang dinamakan Kelas Smart Caliph (KSC). Pada permulaan kurang mendapat persetujuan semua, berbincang dari semasa ke semasa, Alhamdulillah semua gigih uruskan kelas ini untuk menjana kewangan. Tetapi, misi utama lebih kepada nak terjun ke masyarakat dan tolong individu-individu yang masih kabur tentang Al-Quran Kalamullah. Alhamdulillah, sampai saat ini, kami tahun empat masih lagi menguruskan KSC. Seronok sebenarnya dapat turun ke masyarakat, mereka akan rasa terharu dan sentiasa menghargai usaha tambah-tambah lagi anak muda bersama mereka membina generasi Al-Quran.

              Seterusnya cerita kemuncak, sangat teruja nak berkongsi pengalaman kami semua bertugas sebagai cleaner di Kolej Desa Jati, yang kawasannya agak luas. Memakan masa seminggu nak bersihkan dari sudut bangunan, longkang, rimbunan pokok, semak-samun dan sebagainya. Rupanya bila bekerja, baru tahu satu sama lain antara kita, daripada muslimat yang selalu orang kata lemah, automatic jadi gagah. Masuk longkang, tebas pokok, racun pokok dan seumpamanya. Team kami sebenarnya lebih ramai perempuan, lelaki hanyalah 5 orang. Pendek cerita, kami amat berteima kasih pihak Kolej Desa Jati iaitu Kak Yati, Abang Hanafi dan pihak pengurusan yang banyak bantu lestarikan impian kami semua nak ke sana, sampaikan adakan kenduri kensyukuran kami ke sana lagi. Memang superb kami rasa, bina ukhwah baru antara pelajar dengan penduduk sekitar Kolej Desa Jati. Banyak lagi sebenarnya cerita penuh onak dan duri, adakan program dan sebangainya yang berkaitan, tetapi tidak dapat nak tulis semuanya di atas penulisan ini, hanya yang merasai tahu akan perasaan dan pengalaman itu. Jom kita masuk pula cerita sepanjang di Melbourne bumi Kangaroo.

              Pada tanggal 26 Ogos 2016 bermulalah cerita kami Team Giso Melbourne 2016, mencorak kenangan dan pengalaman di Bumi Kangaroo. Perjalan dimulakan dengan menaiki bas USIM ke KLIA2 sekitar jam 6.00 pagi. Semuanya agak teruja nak ke Melbourne. Sampai di airport, masing-masing tolong bawak barang-barang dan uruskan segalanya sebelum nak fly. Sempat snap beberapa gambar kenangan sebelum berlepas, menunjukkan betapa terujanya kami orang Malaysia nak ke negara omputih , negara kangaroo kot. Pada jam 10.00 pagi, berlepas ke Melbourne dan macam-macam cerita dalam flight. Ada yang mabuk flight, lapar, selfie, sembang dan macam-macam lagi. Akhirnya tiba di airport Melbourne sekitar jam 6 petang waktu Malaysia. Waktu Melbourne hanya 2 jam cepat daripada Malaysia. Sampai sahaja di airport, uruskan segala yang berkaitan dan menuju ke luar airport menunggu pengurus penginapan kami datang. Keluar saja daripada airport, angin sejuk Melbourne terus menusuk sampai bergetar-getar menggigil kesejukan. Subhanallah, perasaan teruja tidak dapat nak digambarkan. Betapa sejuknya Melbourne sampai kejang kaki nak berjalan. Sempat juga bergambar di mercu nama Melbourne bertentangan airport. Dalam perjalanan ke penginapan kami ke penginapan kami di Springvale iaitu An-Naim Homestay, sempat bersembang dengan pemandu yang sambung pengajian Masternya di university berdekatan penginapan kami. Ceritanya berkenaan kehidupan di Melbourne, betapa bersyukurnya yang dapat kelilingi bumi Allah nikmati indahnya ciptaanNya. Ramai katanya orang Malaysia menetap dan bekerja di sana. Penginapan untuk kami 22 orang, satu homestay menetapkan 10 orang pelajar perempuan, dan 2 cabin untuk yang lain. Sampai di sana, mendengar taujihat daripada pensyarah pengiring kami sambil menikmati maggi masakan daripada pelajar perempuan.

              Pada keesokkan hari, 27 Ogos 2016, kami geng cabin ikut Dr Najaa’ mencari Myki Kad untuk mudah menaiki pengangkutan awam berbayar seperti bas, tram dan sebagainya. Kecewanya, di 7e tersebut mesin Myki Kad rosak, dan kami teruskan perjalanan ke Springvale Station menaiki kereta Encik Edi pengurus penginapan yang sudi menumpangkan kami ke sana. Sampai di sana, berurusan pula membeli Myki Kad dan menaiki keretapi ke Queen Victoria Market (QVM) untuk membeli-belah sambil menunggu tengah hari kerana program kami bersama EHSAN dan juga wakil pelajar Malaysia yang belajar di University of Melbourne. Sampai di Queen Victoria Market (QVM), ramai yang membeli barang kenang-kenangan kerana harganya sangat berpatutan seperti Tshirt boleh dapat harga semurah 4$ (dolar Australia). Tepat jam 1.00 tengah hari bergerak mencari University of Melbourne. Seusai solat zohor di sana, meneruskan aktiviti sharing moment bersama mereka. Perkongsian lebih menjurus kearah kehidupan Islam di sana. Agak mencabar bagi mereka mengahadapi penerimaan Islam daripada extremist yang susah nak open minded tentang semua agama. Berbicara mengenai masalah-masalah Aqidah umat yang semakin tenat, perkongsian ini lebih berkaitan dengan kos kami pengajian Akidah dan Agama yang lebih menekankan tentang Aqidah, tasawuf dan sebagainya. Sebelum balik kami semua menikmati jamuan pizza sedap daripada pihak program dan sambil bertaaruf serta bergambar sebagai kenangan. Pesanan mereka, datanglah lagi ke Melbourne sebab suasanya sangat lain dan mengajar kita semua berdikari menghadapi kehidupan. Selepas itu, pada jam 5.00 petang berjalan kaki ke Flinders Station, terjadinya drama dan peristiwa yang masih segar di ingatan. Jalan-jalan pula ke South Yarra River yang ramainya manusia di situ menikmati pemandangan malam di situ. Terdapat banyak kedai-kedai makan, pelukis dan penyanyi jalanan yang sangat kreatif dan bijak dalam mencari pendapatan seharian. Kembali pula ke Flinders Station melihat suasana pihak yang membantu homeless dengan menyediakan juadah makanan dan pakaian sejuk bagi mereka. Selepas tamat, menuju pulang ke penginapan pada sekitar 9.00 malam.

              28 Ogos 2016, pada jam 9.00 pagi bergerak ke Middle Brighton Beach dengan berjalan kaki. Sampai di sana, pemandanya sangat cantik dan ramai yang photoshoot di deretan rumah buatan yang berwarna-warni dan juga pelbagai corak yang agak menarik perhatian para pengunjung. Selepas itu, menaiki pula Tram percuma area Melbourne dan berhenti pelbagai tempat menari seperti Harbour Town, Dockland, Ettihad Stadium (lelaki lebih teruja bergambar) dan jalan kaki sepanjang hari dan solat maghrib di Islamic Centre yang komunitinya ramai Islam. Macam biasa pulang ke penginapan sekitar jam 9.00 malam. Balik bukan balik saja, tapi sambil mengisi perut yang menyanyi lagu rock. Cuaca yang semakin sejuk, semakin tinggi tahap lapar kami semua.

              Bertarik 29 Ogos 2016 merupakan saat bahagia kami semua. Impian nak ke Philips Island tercapai juga akhirnya. Kalau tidak tentatif untuk hari ini adalah ke Zoo Melbourne yang kita tahu bila pergi melawat zoo hanya dapat melihat haiwan di dalam sangkar tetapi lainnnya di Philips Island. Live dapat pegang, belai, bergambar bersama Kangaroo yang sebelum ini hanya tengok di kaca televisyen sahaja. Kangaroo sangatlah penyayang seperti kucing. Bila dibelai makin rapat dan baik cara makan di tangan kami. Oh kangaroo, we miss u. Tetapi ada satu lagi haiwan yang kami agak takut dan seriau nak pegang, itulah dia Encik EMU berleher panjang kita. Ingatkan patuknya semasa ambil makanan di tangan itu, sakit. Kata Encik Edi, sakit sikit, macam kena gigit semut. Rupanya betul, baik juga EMU. Sempat juga antara kami bergambar bersama encik berleher panjang. Di Philips Island ni banyak lagi haiwan lain, seperti angsa cantik, landak, ayam piru, dingo (anjing macam serigala), burung hantu, ular, dan banyak lagi. Tetapi tumpuan di sini lebih kepada Kangaroo, Koala yang nyenyak tidur dan EMU. Sempat juga sebenarnya hari kami di Philips Island bersarapankan dengan nasi lemak melayu dimasak oleh chef-chef ternama kami yang menginap di An-Naim Homestay. Dr Najaa sangat suka dan terus memuji nasi lemak melayu yang dimasak oleh sebahagian pelajar perempuan. Tetapi yang menghidangkan nasi lemak itu, adalah lelaki yang merasa serba salah yang tidak turut serta masak nasi lemak. Kami teruskan perjalanan kami ke Nobbies Board Walk Island. Sepanjang perjalanan ke sana, tepi jalan penuh dengan Kangaroo melompat-lompat dan juga lembu tompok hitam putih yang tidak ada di Malaysia. Pemandangan paling cantik dengan deruan ombak, langit dan air lautnya yang sentiasa berzikir kepada Allah. Ada juga yang sempat melihat dan snap gambar penguin yang malu-malu kucing menyorok di bawah jambatan laluan orang ramai disebabkan bukan musim penguin menzahirkan dirinya di khalayak ramai. Banyak mencipta kenangan di sini dengan mengambil gambar pelbagai angle yang digunakan untuk mendapatkan sebaik mungkin keindahan dan cantiknya pemandangan ini. Bertolak pulang dan solat jamak di Community Islam (pillars). Selepas selesai, di tepi jalan terdapat bunga sakura, dan berhenti sekejap bagi laluan yang ingin photoshoot sakura. Akhirnya, terus balik menuju ke penginapan masing-masing.

              Hari terakhir di Melbourne , bertarikh 30 Ogos. Hari ni jam 9.30 pagi bertolak pergi ke Monash University berdekatan dengan penginapan kami yang juga merupakan tempat kerja Encik Edi. Hari ini juga merupakan hari lahir sahabat kami Siti Nur Anis bt Zainudin. Memang dapat live idea Dr Najaa mintak semua nanyikan lagu hari lahir 3 bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sambil dirakam video pemilik Go Pro yang agak tenat keadaannya. Encik Edi bawa kami semua pusing-pusing sebahagian Monash University sebabkan masa beliau agak terhad kerana bekerja. Walaupun hujan renyai-renyai, kami teruskan perjalanan ke Dandenong Mountain, Wildlife Bird, melihat dan bagi burung makan. Sampai sana teruja, sebab bila bercakap mesti ada asap keluar dari mulut, sampai ada yang nak rakam saat asap itu keluar daripada mulut. Kata Dr Najaa, bila hujan bercampur sejuk, di sini memang akan keluar asap di mulut. Teruja kot semuanya. Burung kat sini semua besar-besar, seram jugak nak bagi makan. Ada juga yang berani pegang dan siap bergambar dengan keadaan burung di atas kepala. Selepas itu, teruskan perjalanan ke Dandenong Market yang katanya lebih murah berbanding QVM. Tetapi di sini lebih kepada barang keperluan harian berbanding QVM lebih banyak cenderahati dan banyak juga pilihan serta perbandingan harga. Sempat juga berkenalan dengan orang nogori yang menetap di sana. Akhirnya semua buat keputusan nak ke Queen Victoria Market yang dengar berita hari isnin tamat beroperasi pada jam 2.00 petang. Alhamdulillah semua sempat membeli walalupun dalam keadaan kelam kabut. Destinasi terakhir kami ke Shrine of Rememberance di tengah-tengah bandar Melbourne. Tempat ini adalah tugu bagi memperingati jasa-jasa pahlawan dahulu kala. Memang cantik pemandangan di sini untuk bergambar atau photoshoot. Bila semakin naik tangga dan tempat paling atas, akan nampak seluruh bandar Melbourne yang kaya dengan bangunan pelbagai bentuk dan menjadi tarikan para pelancong. Dalam perjalanan perjalanan balik ke penginapan untuk buat persiapan pulang ke Malaysia, sempat juga pemandu yang juga bekerja di sana, menunjuk bangunan dan tempat-tempat sepanjang perjalanan kami. Hari ini, memang hari mendung, hujan renyai-renyai, rasa sayu, mungkin kerana hari terakhir bagi kami sebelum berangkat ke Malaysia. Sambil kemas untuk bertolak ke airport malam ni, ada yang sempat ke Coles macam pasaraya Giant dan Tesco di sini. Tapi menariknya ada kaunter layan diri, maksudnya bayar sendiri kalau beli barang yang agak sedikit. Akhirnya berangkatlah kami ke airport Melbourne pada jam 9.00 malam. Sempena esok hari Merdeka bagi Malaysia, kami semua sempat merakam kenangan dan bergambar di hadapan kedai Australia Way. Masing-masing sibuk uruskan segala-galanya untuk berangkat balik ke Malaysia, dan dipendekkan cerita ada peristiwa juga di airport Melbourne, tentang passport dan sebagainya. Akhirnya sampailah kami di Malaysia pada jam 6.00 pagi bertarikh 31 Ogos 2016.
              Tamatlah cerita kami semua Team Giso Melbourne 2016 yang tak boleh nak move on lagi sampai sekarang. Benarlah, jauh perjalanan luas pemandangan. Bermusafirlah kamu, dengan musafirlah kita dapat kenal sahabat-sahabat kita. Ciptalah impian setinggi bintang di langit, kerana ada hikmah yang Allah tunjukkan di sebalik impian kita semua. Terima kasih semua atas usaha semua merealisasikan impian masing-maisng ke Melbourne bumi Kangaroo. Buat Dr Najaa, terima kasih jadi pensyarah dan sahabat yang baik buat kami sepanjang liku-liku nak ke sana. Moga Allah memberkati kita semua. WE ALL MISS U MELBOURNE.


(12 Oktober 2016) : Kredit by Siti Sarah Shamsuddin #jiwapendosa J
(maaf jika ada kesilapan tatabahasa dan susun atur ayat,masih perlu di edit)

Saturday, November 26, 2016

HADIS KE 31 IMAM NAWAWI: HAKIKAT ZUHUD






Daripada Abi al-Abbas Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi r.a berkata, bahawa seseorang datang kepada Nabi SAW seraya berkata:

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya suatu pekerjaan yang jika dikerjakan nescaya saya dicintai Allah dan dicintai umat manusia.’ Rasulullah SAW bersabda: ‘Zuhudlah engkau akan dunia, nescaya Allah akan menyintaimu, dan zuhudlah engkau akan apa yang ada pada manusia, nescaya mereka mencintaimu.”

(Riwayat Ibn Majah no. 4102 dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah)



On the authority of Abu al-'Abbas Sahl bin Sa'd al-Sa'idi, radiyallahu 'anhu, who said:

A man came to the Prophet, sallallahu 'alayhi wasallam, and said: "O Messenger of Allah, direct me to an act which if I do it, [will cause] Allah to love me and people to love me." He, sallallahu 'alayhi wasallam, answered: "Be indifferent to the world and Allah will love you; be indifferent to what people possess and they will love you."

[A fine hadith related by Ibn Majah and others with good chains of authorities]

RINGKASAN MAZA YAKNI (APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM?)

Assalamualaikum.. insyaAllah dalam post ni saya ingin berkongsi mind map/ ringkasan maza yakni dalam bab 1,2 dan 3 iaitu Saya Mestila...